Sejarah Tingkatan4- Bab1:Kemunculan Tamadun Awal Manusia
Tamadun Mesir Purba
Lokasi
-Tamadun Mesir Purba dapat berkembang pesat dianggap anugerah daripada Sungai Nil@ tamadun Mesir
Purba wujud di sepanjang Sg. Nil.
-Sg Nil berpunca daripada dua sungai:
1. Sg. Nil Biru@ bermula daripada tanah tinggi di Ethiopia.
2. Sg. Nil Putih@ bermula dari Tasik Victoria di Uganda.
-Sg. Nil akan mengalir masuk ke Laut Mediterranean.
-Limpahan Sungai Nil ke tanah yang gersang dan berpadang pasir telah berjaya menukarkan kawasan
sekitar menjadi tanah dataran dan delta yang subur@ untuk pertanian dan petempatan manusia.
Kerangka Masa
-Tamadun Mesir Purba ini berkembang daripada Zaman Neolitik@ antara 10 000S.M. hingga 5000S.M.
-Tamadun Mesir Purba berkembang menjadi sebuah pusat tamadun awal pada 3500S.M.
-Tamadun Mesir Purba dapat dibahagikan kepada 4 bahagian:
1. Awal 2. Pertengahan 3. Empayar 4. Keruntuhan
@ tempoh peralihan atr keruntuhan kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah lama.
-Pada zaman keruntuhan, tamadun Mesir Purba dikuasai oleh kuasa asing seperti:
Libya, Kush, Assyria, Parsi dan Yunani
Proses Pembentukan Tamadun
-Proses pembentukan tamadun Mesir Purba bermula pada Zaman Logam@sejak 5000S.M..
-Pada zaman ini, manusia mula mencipta pelbagai jenis alatan logam
@ mencipta sistem perparitan dan pengairan yang baik=> untuk pertanian.
@ membina peralatan kawalan air dan terusan=> untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah.
KESAN: manusia mula mendirikan petempatan tetap berterasksn pertanian.
-Petempatan kekal berlaku pesat di tamadun Mesir Purba---> kemudian terbentuk perkampungan--->
gabungan perkampungan berlaku, terbentuk bandar---> gabungan bandar berlaku, terbentuk sebuah
nome/ daerah---> nome disatukan, salah sebuah bandar akan dipilih menjadi sebuah pusat pentadbiran.
Contoh: Thinis, Memphis, Thebes.
Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba
A) Kehidupan di Bandar
-Sesebuah bandar merupakan tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran, pelabuhan,
pusat tumpuan penduduk dan pusat keagamaan.
-Pada zaman pemerintahan Firaun Menes:
=> beliau berjaya menyatukan kesemua nome menjadi 1 kerajaan.
@ pusat pentadbiran yang dipilih ialah tengah Sg. Nil iaitu bandat Thinis.
@ kemudian berpindah ke delta Sg. Nil iaitu bandar Memphis.
@ kemuncak Zaman Pertengahan, pindah ke bandar Thebes.
- Selain pusat pentadbiran, terdapat juga beberapa bandar penting:
1. Heliopolis 2. Fayoum 3. Abydos
B) Organisasi Sosial
-Ketua kerajaan Mesir Purba dikenali sebagai firaun.
@ merupakan lapisan teratas dalam masyarakat.
@ akan diwarisi secara turun- temurun.
@ firaun berasal daripada perkataan Yunani---> pharaoh iaitu rumah yang agung.
-Firaun merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, ketua pahlawan yang suci dan berkuasa
mutlak.
- Firaun pada awalnya, dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
-Firaun Mesir Purba ke-3 dan ke-4 dianggap sebagai anak Tuhan Matahari@ Amon-Re.
-Lapisan kedua---> golongan bangsawan, tuan tanah, jurutulis, Rahib dan pembesar.
Lapisan ketiga---> golongan rakyat bebas.
Lapisan terbawah---> golongan hamba.
C) Sistem Pemerintahan
-Tamadun Mesir Purba akan diterajui oleh firaun.
-Firaun akan dibantu oleh golongan bangsawan iaitu pembesar.
@ golongan pembesar ini biasanya ialah pegawai, penasihat dan gabenor yang mentadbir wilayah yang
dijajahi.
@ golongan pembesar ini akan membantu firaun menjalankan pentadbiran, jaga keamanan, mengurus dan
mengagihkan penghasilan makanan dalam negara.
-Rahib---> bertanggungjawab mentadbir hal keagamaan.
-Jurutukis---> bertanggungjawab menulis semua rekod kerajaan Mesir Purba@ terdiri daripada orang
awam.
-Tamadun Mesir Purba juga wujud seorang firaun wanita yang mempunyai status yang tinggi---> Firaun
Hatshepsut.
Firaun Hatshepsut: era pemerintahan baginda penuh dengan pembaharuan.
CTH: pembinaan terusan
: penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
-Tamadun Mesir Purba merupakan sebuah kerajaan yang berbentuk empayar luas.
---> dari selatan Mesir @ Nubia sehingga barat dan utara.
---> wilayah di sebelah Asia@ dari Palestin sehingga Lubnan dan Syria.
D) Pengkhususan Kerja
-Pengkhususan kerja dalam masyarakat wujudnya kegiatan penenunan, perdagangan, perlombongan emas
@ di Nubia.
-Pengangkutan air di Mesir Purba adalah penting.
@ terutamanya Sg. Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal melabuh di pelabuhan-pelabuhan
Mesir Purba.
CTH: Thebes, Memphis, Fayoum, Heliopolis.
@ barangan eksport utama di Mesir Purba ialah tekstil dan kertas.
- Sistem pemerintahan yang terancang berjaya menarik pedagang-pedagang asing.
CTH: pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah.
E) Kepercayaan dan Agama
-Mempercayai konsep politeisme@ kepercayaan kepada banyak Tuhan.
- Selalu berkaitkan Tuhan mereka dengan alam
CTH: Re---> Tuhan Matahari
: Ra-Atum---> Tuhan Langit
: Amun---> Tuhan Angin
-Mempercayai kehidupan selepas mati.
@ mayat disimpan dan dijaga teliti.
@ makam mayat akan dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati dan diiringi
barangan dan kelengkapan harian.
@ solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang dikebumikan---> menunjukkan kedudukan/ statusnya.
CTH: penemuan Nakam Tutankhamun 2 di Lembah Raja@ Thebes.

F)Sistem Tulisan
-Sistem tulisan tamadun Mesir Purba dikenali sebagai hieroglif.
@ sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
-Kepentingan sistem tulisan:
--> merekodkan aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
--> merekodkan urusan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
A) Seni Bina
-Sumbangan utama tamadun Mesir Purba ialah seni binanya---> piramid.
-Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba.
-Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep.
Imhotep---> seorang saintis, ahli fizik, arkitek, pengamal ilmu perubatan, penasihat firaun@ Firaun Djoser,
pengarang buku sains dan sastera.
---> beliau memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata.
-Jasa terbesar beliau ialah pembinaan Piramid Sakkara.
Piramid Sakkara---> Piramid tertua dan pembinaan batu pertama di dunia.
---> dibina untuk Firaun Djoser.
B) Sistem Tulisan dan Penggunaan Kertas
-Orang Mesir Purba telah mencipta kertas dengan menggunakan pokok papyrus.
Pokok papyrus---> terdapat banyak di Lembah Nil.
-Kepentingan kertas---> memudahkan penyimpanan segala khazanah bangsa.
CTH: tinggalan kepingan batu-bata yang terpahat tulisan.
-Sistem tulisan tamadun Mesir Purba yang paling awal ialah tulisan bergambar---> Hieroglif.
@ iaitu bentuk rekod yang tertulis dan terpahat pada tinggalan.
@ biasanya terpahat pada makam dan batu.
-Tulisan hieroglif berkembang menjadi tulisan berangkai --> hieratik.
-Kemudian berkembang lagi menjadi--> demotik.
* Hieroglif --> Hieratik --> Demotik
C) Sistem Pendidikan
-Menekankan untuk melahirkan seorang jurutulis yang sempurna dan terlatih.
-Kanak-kanak daripada keluarga atasan diber pendidikan sejak kecil.
@ mereka diajar ilmu geometri, matematik dan sains
@ bertujuan melahirkan golongan terlatih yang mampu:
1. menguruskan hal ehwal pertanian.
2. pengawalan air Sg. Nil.
3. pembinaan bangunan dan piramid.
D) Sistem Perubatan
-Ilmu perubatan tamadun Mesir Purba berjaya melahirkan para pengamal perubatan.
@ mereka akan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
@ mereka akan mempunyai status yang tinggi.
-Tahap keilmuan dan kemahiran tinggi terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan.
@ telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga kini.
CTH: Proses memumiakan mayat@ berkait rapat dengan kepercayaan mereka.
E) Ilmu Matematik
-Perkembangan ilmu matematik seperti geometri, astronomi dan algebra
---> berjaya mengawal banjir@ terutama di Sg. Nil.
---> berjaya membantu firaun@ Firaun Senuusret 3 untuk membina tembok pengairan.
Firaun Senuusret 3---> berjaya menebus guna kawasan padang pasir dengan membina sebuah tembok
pengairan.
---> berjaya mengairi tanah dengan membina terusan.
-Perkembangan pengetahuan astronomi dan ilmu matematik tamadun Mesir Purba juga berjaya
memperkenalkan sistem kalendar.
Sistem Kalendar---> 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun.